Wednesday, October 24, 2018

BUKU 4D ECO SHOP



Mungkin  orang lain dah tau lama kan tentang buku 4D nie. Kalau dulu mahal tau orang jual sampai beratus-ratus. Sekarang nie hanya RM2 je dah boleh dapat buku 4D nie. Cik Mimi baru dapat kumpul 5 buah je buku ni. Rasanya ada lagi koleksi yang lain. Buku ni bukan budak je 'excited' tapi mak bapak budak pun excited juga. Hahaha. Yela masa kecik-kecik tak de buku macam ni😂

Buku nie susah juga nak jumpa sebab asal pegi je kedai ECO mesti habis. Kalau bertuah dapatla junpa buku nie. Ini pun Cik Mimi beli kat ECO Mentakab  dan juga ECO Bangi. Dah beli buku ni,jangan lupa plak download apps dia. Dia ada berikan penerangan macamana untuk gunakan buku nie.

Dah download apps dia bolehla teruskan activate code dia kat muka hadapan sekali buku nie. Wajib aktifkan dulu tau kod dia,lepas tu baru boleh guna macam biasa. Buku ni pun boleh buat salah satu aktiviti dengan anak-anak. Sambil belajar,sambil mengenal benda dan sambil tu bonding antara anak pun terbentuk. Memang tak rugi sangat beli buku nie😁

No comments:

Post a Comment

Sebab apa Minyak Herba Asmak laris! Sebab ni lah 💥 . Sapu sapu, Anak muntah kahak. Sapu sapu, Keluar hingus pekat. Sapu sapu, Naj...