Friday, October 12, 2018

TIPS BERPANTANG CZER

Assalamualaikum semua🤗🤗 ok kali ni Cik Mimi nak berkongsi tips atau panduan bagi yang berpantang czer. Cik Mimi dua-dua anak semua keluar melalui tingkap. Bukan tak nak bersalin secara normal,apakan daya itu yang dah ditetapkan oleh Allah SWT. Masa ank sulung bersalin czer ada la rasa sedih dan kecewa sikit sbb xdapat bersalin secara normal disebabkan air ketuban dah bocor dan juga baby melintang. Ikutkan malam tu doktor nak induce tapi Allah lebih mngetahui. Lepas je scan dan doktor nampak baby melintang,terus prepare untuk Emergency Czer.

Nanti ade masa kita cerita ye macamana boleh bersalin czer untuk kedua-dua anak Cik Mimi.
Ok,bagi yang bersalin czer nie time bersalin memang tak rasa kan. Tapi lepas je operate tu,barula terasa sakitnya. Mana tak kan,nak bngun susah,nak pusing kiri kanan pun susah kan. Itu belum lagi kalau batuk. Lagila azabnya rasa kan.

Ingat boleh batuk macam biasa ke?? Tak kan. Ampuhla dengan bantal di kawasan perut sebelum batuk sebab bila batuk akan terasa dalam perut tu. Nak gelak sakan pun tak boleh kan sebab takut terbuka jahitan tu. Bile terbuka nie akan mengundang risiko lain plak.

TIPS:
1) PANTANG MAKANAN
Pantang makanan nie macam biasa sama seperti orang bersalin normal. Tapi nak ingatkan orang czer ni JANGAN sesekali mengambil pati ikan haruan atau gamat. Ikan hidup haruan tu pun haruslah dihadkan. Ini untuk mengelakkan berlakunya lekatan di dalam perut tu. Sebab kalau next anak kita czer lagi,bila berlaku lekatan nie memang akan ambil masa untuk keluarkan baby. Hanya banyakkan makan buah sunkist sahaja untuk cepat sembuh di dalam dan di luar. Ikan bisa-bisa pun CikMimi ambil selepas setahun bersalin.

2) STOKIN
Stokin nie wajib ye pakai. Tapi sebelum pakai stokin,pastikan sapu minyak panas dulu di kawasan betis dan juga kaki. Cik Mimi guna minyak herbanika Nona Roguy. Sangat best. Bau sedap,panas dia pun terasa. Cik Mimi sapukan juga kat kawasan dahi dan juga area tengkuk.

3)LUKA CZER
Pastikan luka czer tu terdedah kat kipas selepas mndi. Keringkan betul-betul supaya dia tak berair. Time mandi boleh sabun macam biasa tapi itula kita takut sangat terbuka kan,jadi memang ada yang tak sabun di kawasan tu. Tapi make sure lepas mandi,lapkan dengan kapas bersih dan keringkan dengan kipas.

4) BERURUT
Untuk berurut,ank 1st lepas seminggu Cik Mimi berurut dah. Untuk ank 2nd,lepas 2minggu baru berurut. Tapi tukang urut memang tak kan sentuh kawasan perut bile berurut. Jadi terpulang pada anak bile nak berurut. Tengok pada luka operate dan badan anda. Kalau rasa badan letih sangat lepas bersalin tu,boleh la cepat2 urut.

5) BeNGKUNG
Untuk ank 1st, lepas 3minggu baru berani pakai bengkung. Anak 2nd plak lepa ssebulan baru pakai. Tapi Cik Mimi teruskan pakai bengkung walaupun selepas habis pantang. Mungkin ada yang taj percaya dan merasakan pakai bengkung nie menyusahkan tapi bagi Cik Mimi, Cik Mimi suka berbengkung sebab terasa kesannya pada badan.

6) CUCUK
Zaman ank 1st tahun 2015, Cik Mimi xkena cucuk heparin nie. Tapi untuk ank 2nd, Cik Mimi kena iaitu 2x sehari pagi dan petang selama 10 hari. Di hospital bolehla nurse cucukan, tapi di rumah Cik Mimi cucuk sendiri dengan bantuam dan tunjuk ajar dari nurse KK.

Terpulang pada siapa yang rasakan cara berpantang ni kolot atau menyusahkan,tapi bagi Cik Mimi kata orang-orang tua ade betulnya pasal berpantang nie. Tapi ada la beberapa pantang yang Cik Mimi xikut,contoh tak boleh minum air banyak-banyak sedangkan dalam pantang tekak nie rasa dahaga sangat😂 Tak rugi pun kalau ikut cara berpantang orang-otang tua dulu😁

P/s: Masing-masing tahu kemampuan badan sendiri. Sendiri sakit,semdiri yang susah. Badan ni pun amanah Allah juga😁

No comments:

Post a Comment

Sebab apa Minyak Herba Asmak laris! Sebab ni lah 💥 . Sapu sapu, Anak muntah kahak. Sapu sapu, Keluar hingus pekat. Sapu sapu, Naj...