Thursday, October 11, 2018

CIRCLE ASMAK (PART 2)

Jom kita sambung balik cerita Circle ASMAK ni.

Sepatutnya program ni bermula pada pukul 9 pagi tapi Cik Mimi sampai pada pukul 9.40 pagi. Sampai-sampai anak masih tidur lagi, jadi suruh Mr Hubby tengokkan dan Cik Mimi berlari ke bilik mesyuarat di tingkat 2. Bukak je pintu, program dah start tapi baru sesi perkenalan.

Kebanyakan yang datang dalam program tu adalah sifu-sifu ASMAK yang dah berjaya buat sales sampai 4,5 angka. Terasa kerdilnya time tu sebab kita ni baru buat sale sikit sangat jika nak dibandingkan dengan yang lain. Tapi cepat-cepat cakap dalam hati yang aku pun nak berjaya seperti mereka. In Shaa Allah.

Cik Mimi baru 1st time join program macam nie. Yela suri rumah kan,memang sah-sah di rumah je. Jadi bila ade program macam ni dan dapat junpa kenalan lain,Cik Mimi jadi excited sangat tau. Sebelum nie junpa di alam maya je,tapi kali ni dapat jumpa secara realiti. Alhamdulillah ukhwah yang terjalin tu sangat indah rasanya.

Kembali kepada program circle ASMAK ni,  banyak slot, isi-isi penting, pandangan, cadangan, yang Cik Mimi belajar dari program tu. Penerangan cikgu,pengalaman cikgu sangat buat Cik Mimi kagum. Bukan senang untuk jadi usahawan nie. Banyak liku-liku dan dugaan yang harus ditempuhi sebelum kita berjaya. Banyak jatuh,tersungkur,kecewa sebelum dapat mengecapi kejayaan tu.  Pengetahuan  cikgu pula sangat luas seolah-olah cikgu banyak sangat idea yang nak dibicarakan. Bermula dari awal pagi sehingga tamat program, cikgu banyak memberi idea dan pendapat serta nasihat. Selain tu, kami juga berkongsi idea, tips dan pendapat dari sifu-sifu yang berjaya.

Mimi juga sempat belajar serba sedikit tentang teknik untuk menguruskan anak buah di bawah seliaan kita daripada Kak Ina dan juga Zai. Merekr berdua ni adalah orang yamg telah berjaya menjana income sehingga 5,6 angka. Sangat mengagumkan😁 Jadi bile hadir ke program nie,dapatla sedut sedikit sebanyak aura dan semangat dari sifu nie. Harap-harap Cik Mimi pun boleh berjaya seperti mereka. Aminn

Program hari tu tamat pada pukul 6 petang. Alhamdulillah dengan bantuan Mr Hubby, Cik Mimi tiada masalah untuk join kelas tu dari pagi sampai ke petang cuma sesekali je cik Mimi menyelinap keluar untuk susukan anak. Tanpa bantuam Mr Hubby,rasanya agak susah juga utnuk Cik Mimi hadir ke program nie.

Paling penting,doakan Cik Mimi berjaya ye untuk menjadi usahawan dan suri rumah bekerjaya😍

No comments:

Post a Comment

Sebab apa Minyak Herba Asmak laris! Sebab ni lah 💥 . Sapu sapu, Anak muntah kahak. Sapu sapu, Keluar hingus pekat. Sapu sapu, Naj...