Wednesday, October 31, 2018

BEDAK ASMAK

Auchhh!!! Pedih sungguh tangan ni bile terkena air.

Tangan ni kalau guna sabun basuh pinggan,mesti jadi menggelupas. Orang kata 'tajam' sampai jadi luka-luka.

Bila kena air lagi la pedih. Sebelum ni pernah guna#minyakherbasmak,kali ni cuba #bedakasmak plak. Sebab ada baca memang untuk yang ada masalah kulit.

Pakai setiap hari bedak ni,Alhamdulillah memang nampak betul perbezaan sebelum dan selepas. Tak da dah kulit luka teruk. Nak buat kerja pun tak rasa takut-takut sebab pedih

Monday, October 29, 2018

TERJEBAK DENGAN MINYAK HERBA ASMAK

Kalau sebut minyak hitam mesti ramai yang dah tau kan. Tula dia Minyak Herba Asmak. Cik Mimi mula guna minyak nie ikhtiar untuk Ziyad sebenarnya sebab batuk dan kahak banyak. Pernah cuba minyak yang lain tapi mungkin tak serasi kan.

Al kisahnya cuba la beli sebotol. Dulu tak de jual botol kecil,semua botol 30ml. Beli-beli cuba la. Tak lama lepas tu Ziyad merengek terus muntah selambak dan tidur lena. Tapi korang kalau beli, pastikan dapat guide yang betul ye dari agen dia.

Cik Mimi pun sapula ikut cara yang diberi oleh agen. Minyak nie kena kerapkan sapu. Dalam 3,4 hari baru nampak kesan. Tapi Alhamdulillah, lepas anak muntah tu, terus lega dan nampak sihat kalau nak banding dengan  sebelum tu. 


Lepas dari tu asal sembelit ke,perut kembung ke,selsema ke batuk ke mesti sapu minyak nie. Sekarang Cik Mimi guna sebagai minyak telon untuk anak kedua ni. Alhamdulillah sepanjang 3 bulan ni, anak kedua tak pernah kena kembung perut. Mana nak kembungnya, asyik kentut je kan. Hihihi.

Minyak nie Cik Mimi suka sebabnya 1botol tapi banyak kegunaan. Bukan guna untuk minyak telon je, kalau ank demam ke, selsema ke, batuk ke boleh terus sapu je. Kalau kena gigit nyamuk atau luka pun memang elok sebab kandungan minyak nie dari habbatusauda. Habbatusauda kan banyak kebaikan dia. 

Siapa yang anak ada masalah asma sampai dah tak larat asyik kena ambil nebulizer je, Cik Mimi suggest untuk korang cuba minyak nie. Mana tahu serasi dengan anakkan. 

Wednesday, October 24, 2018

BUKU 4D ECO SHOP



Mungkin  orang lain dah tau lama kan tentang buku 4D nie. Kalau dulu mahal tau orang jual sampai beratus-ratus. Sekarang nie hanya RM2 je dah boleh dapat buku 4D nie. Cik Mimi baru dapat kumpul 5 buah je buku ni. Rasanya ada lagi koleksi yang lain. Buku ni bukan budak je 'excited' tapi mak bapak budak pun excited juga. Hahaha. Yela masa kecik-kecik tak de buku macam ni😂

Buku nie susah juga nak jumpa sebab asal pegi je kedai ECO mesti habis. Kalau bertuah dapatla junpa buku nie. Ini pun Cik Mimi beli kat ECO Mentakab  dan juga ECO Bangi. Dah beli buku ni,jangan lupa plak download apps dia. Dia ada berikan penerangan macamana untuk gunakan buku nie.

Dah download apps dia bolehla teruskan activate code dia kat muka hadapan sekali buku nie. Wajib aktifkan dulu tau kod dia,lepas tu baru boleh guna macam biasa. Buku ni pun boleh buat salah satu aktiviti dengan anak-anak. Sambil belajar,sambil mengenal benda dan sambil tu bonding antara anak pun terbentuk. Memang tak rugi sangat beli buku nie😁

Tuesday, October 23, 2018

RAGAM ANAK

Kalau bercerita bab anak ni,mesti ibu-ibu banyak sangat nak diceritakan kan. Hihihi. Kadang-kadang kesabaran pun diuji tengok ragam anak nie. Tapi dengam ada anak la,kita banyak belajar kan. Bersyukur la bila kita dapat merasai untuk menjadi isteri dan seorang emak untuk anak-anak.

Ragam anak ni berbeza untuk setiap anak. Waima 10 orang anak pun mesti berbeza-beza kan ragam setiap orang. Macam Cik Mimi walaupun baru dua orang dan banyak ragam,tetapi rasa seronok sangat sebab bila ada anak-anak ni la,kita rasa macam disayangi. Mana taknya, ada peminat setia yang sanggup tunggu depan tandas, yang dapat peluk kita setiap masa, dapat menemani kita.

Lepas kahwin ni,tambah-takbah suri rumah. Memang anak-anak dan suami je kawan yang kita ada. Masa 24 jam pun hanya dengan mereka sahaja. Hargaila selagi ada di depan mata. Jangn kemudian hari,kita plak yang menyesal.

Tempoh anak-anak untuk membesar pun tak lama. Sekarang ni waktu berjalan dengan sangat pantas. Sedar-sedar je anak dah masuk tadika kan. Jadi moment-moment dengan anak tu patut diwarnai dengan kegembiraam dan keindahan😁

Monday, October 22, 2018

TUMMY TIME

Ramai tak yang tahu pasal tummy time nie. Cik Mimi suka tengok ig Sheikh Muzaphar cara macamana dia ajar baby twin dia. Seawal 2 minggu dia dah buat tummy time nie tau. Umur 2 bulan dah dedahkan dengan flash card hitam putih.
.
Tummy-time nie meletak bayi di atas perutnya sewaktu bayi tidak tidur sambil diawasi. Banyak manfaat buat tummy time nie. Time ziyad dulu tak tahu pun benda nie. Jadi memang tak buat. Cik Mimi baru apply untuk anak kedua ni. Memang nampak kesannya.
.
Tummy-time ni membantu membina otot-otot kepala, bahu dan leher yang kuat. Tummy-time juga membantu mengelak kepala bayi menjadi leper.Tummy-time nie dapat menggalakkan bayi merangkak dan berjalan dengan cepat. Anak kedua Cik Mimi genap 3 bulan dah meniarap.
.
Kalau tengok anak twin Dr Sheikh Muzaphar tu seawal 7@8bulan anak dia dah berjalan. Jadi banyak yang kita boleh belajar cara dia merangsang otak dan otot-otot baby.

Kat bawah ni adalah cadangan yang boleh kita buat pada bayi:
✔️Cadangan aktiviti tummy-time untuk bayi baru lahir.
1. Baring bayi di atas perutnya. Berbual mengadap muka bayi atau bunyikam la mainan-mainan yang ade loceng tu. Suapaya dapat tarik perhatian dia.
2. Baringkan bayi di atas paha atau dada perut ibu bapa.
✔️Cadangan aktiviti tummy-time untuk bayi 3 bulan ke atas.
1. Seperti di atas.
2. Letakkan gulungan tuala di bawah dada bayi yang dibaringkan atas perut.
3. Letakkan bayi perut ke bawah di atas bola.

Ianya sangat membantu untuk perkembangan bayi. Selain dari bondang antara kita dan anakkan, dapat juga membantu perkembangan bayi. Cik Mimi dah buat dan dah nampak kesan dia.
Jadi, pada siapa yang baru be
rsalin atau bakal bersalin nanti tu boleh la applykan tummy time ni. 


MANDIAN LEMON

*Tips Mengurangkan Panas Badan Anak Yang Demam*
.
Bila bercakap pasal demam, antara tips yang selalu kita dengar adalah “jangan mandikan anak dengan air sejuk”. Itu antara yang biasa didengar.
.
Tapi, apakah tips lain yang boleh digunakan? Maksud saya, tips yang berkesan lah kan, takkan yang tak berkesan pula ye tak.
.
Okay. Akak-akak boleh cuba tips ni. Biasa saya buat macam ni juga, Alhamdulillah perubahan tu agak ketara juga. Panas anak memang menurun.
.
Ambil sebiji buah lemon dan hiris nipis-nipis. Isi besen mandian anak dengan air hangat untuk mandi. Perahkan hirisan lemon tadi dah masukkan sekali hirisan tu ke dalam air mandian tersebut. Semasa mandikan anak, biar anak berendam sehingga kulit mereka ada tanda-tanda kecut. Selagi belum nampak kecut, jangan angkat.
.
InsyaAllah, akak-akak akan nampak perubahannya nanti 😉
.

Friday, October 19, 2018

ANAK MUNTAH KAHAK

JANGAN SAPU MINYAK HERBA ASMAK NI PADA ANAK! 😱
.
.
.
Anak saya 2-3 hari dah batuk dan Selsema malam tido mesti bunyi kahak. geram nye dengar,
Teringat ade Minyak herba asmak ,bila sapu je dalam setengah jam,terus adik Ecah batuk_batuk dan muntah selambak!
Tudia...Kahak yang Umi geram tadi dah keluar,Betul lah orang kata jangan sapu minyak herba asmak ni pada anak sebab nanti anak muntah.
Tapi Sebenarnya,dia muntah lah lagi baik dari tersimpan kat dalam tu tak keluar_keluar lagi bahaya boleh jadi jangkitan kuman pulak,
Aduhai...Umi tak sangup dah,tengok adik Ecah batuk dan selsema kesian
Selagi Umi boleh ikhtiar,Umi usahakn dulu.Insyaallah.
Alhamdulillah,sekrang Minyak Herba Asmak sentiasa ada kat rumah ni tak pernah Out of Stock tau! 😬
Nak tengok hasilnya jap jap ye ,sabar sabar sabar

Wednesday, October 17, 2018

MINYAK HERBA ASMAK

Untung pada sesiapa yang dah memiliki Si Hitam hebat bertudung merah ni. Yelah..dalam sebotol anda boleh dapat banyak manfaat.
Selain boleh membantu melegakan batuk, selsema, sesak nafas dan mencairkan kahak..Minyak Herba Asmak juga boleh merawat masalah-masalah lain seperti:-
🍀Penyakit kulit
🍀Buasir
🍀Migrain
🍀Melecur ringan
🍀Luka / bengkak
🍀Sakit gigi
🍀Kembung perut
🍀Sembelit
Keberkesanannya sangat terbukti kerana bahan yang digunakan untuk menghasilkan minyak asmak ini adalah daripada:-
🌼Habbatussauda
🌼Gamat gold
🌼Minyak zaitun
🌼Minyak kelapa dara
Ianya juga didatangkan dalam 3 saiz yang berbeza. Iaitu:-
📌10ml
📌30ml
📌50ml
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi sehingga orang dewasa. Ianya tidak panas dan sedikit berangin. Sifatnya yang mudah menyerap pada kulit membuatkan si pengguna boleh mendapat kesan positif seawal sapuan pertama kali dengan hanya titis, sapu dan gosok.
Berminat untuk memilikinya boleh hubungi wakil sah jualan kami. Pelbagai info dan teknik penggunaan yang betul akan diberikan secara details untuk anda.

Monday, October 15, 2018

AL FATIHAH

Untuk Mak dan Abah

Mungkin kita anak yang tak mampu berikan 7 ribu ringgit pada mak ayah setiap bulan, 7 ratus setiap bulan pun kita masih tak mampu, 7 belas ringgit macam kecil sangat, 7 ringgit apatah lagi.

Tapi 7 potongan ayat ini, pasti kita mampu berikan, ikhlas buat mak ayah kita. Yang masih hidup ataupun yang dah tiada. Mari kita hadiahkan dalam diam, setiap pagi dan malam. Buat dua insan istimewa yang bermati-matian menjadikan kita manusia.
Al-Fatihah untuk Mak dan Abah.

Friday, October 12, 2018

TIPS BERPANTANG CZER

Assalamualaikum semua🤗🤗 ok kali ni Cik Mimi nak berkongsi tips atau panduan bagi yang berpantang czer. Cik Mimi dua-dua anak semua keluar melalui tingkap. Bukan tak nak bersalin secara normal,apakan daya itu yang dah ditetapkan oleh Allah SWT. Masa ank sulung bersalin czer ada la rasa sedih dan kecewa sikit sbb xdapat bersalin secara normal disebabkan air ketuban dah bocor dan juga baby melintang. Ikutkan malam tu doktor nak induce tapi Allah lebih mngetahui. Lepas je scan dan doktor nampak baby melintang,terus prepare untuk Emergency Czer.

Nanti ade masa kita cerita ye macamana boleh bersalin czer untuk kedua-dua anak Cik Mimi.
Ok,bagi yang bersalin czer nie time bersalin memang tak rasa kan. Tapi lepas je operate tu,barula terasa sakitnya. Mana tak kan,nak bngun susah,nak pusing kiri kanan pun susah kan. Itu belum lagi kalau batuk. Lagila azabnya rasa kan.

Ingat boleh batuk macam biasa ke?? Tak kan. Ampuhla dengan bantal di kawasan perut sebelum batuk sebab bila batuk akan terasa dalam perut tu. Nak gelak sakan pun tak boleh kan sebab takut terbuka jahitan tu. Bile terbuka nie akan mengundang risiko lain plak.

TIPS:
1) PANTANG MAKANAN
Pantang makanan nie macam biasa sama seperti orang bersalin normal. Tapi nak ingatkan orang czer ni JANGAN sesekali mengambil pati ikan haruan atau gamat. Ikan hidup haruan tu pun haruslah dihadkan. Ini untuk mengelakkan berlakunya lekatan di dalam perut tu. Sebab kalau next anak kita czer lagi,bila berlaku lekatan nie memang akan ambil masa untuk keluarkan baby. Hanya banyakkan makan buah sunkist sahaja untuk cepat sembuh di dalam dan di luar. Ikan bisa-bisa pun CikMimi ambil selepas setahun bersalin.

2) STOKIN
Stokin nie wajib ye pakai. Tapi sebelum pakai stokin,pastikan sapu minyak panas dulu di kawasan betis dan juga kaki. Cik Mimi guna minyak herbanika Nona Roguy. Sangat best. Bau sedap,panas dia pun terasa. Cik Mimi sapukan juga kat kawasan dahi dan juga area tengkuk.

3)LUKA CZER
Pastikan luka czer tu terdedah kat kipas selepas mndi. Keringkan betul-betul supaya dia tak berair. Time mandi boleh sabun macam biasa tapi itula kita takut sangat terbuka kan,jadi memang ada yang tak sabun di kawasan tu. Tapi make sure lepas mandi,lapkan dengan kapas bersih dan keringkan dengan kipas.

4) BERURUT
Untuk berurut,ank 1st lepas seminggu Cik Mimi berurut dah. Untuk ank 2nd,lepas 2minggu baru berurut. Tapi tukang urut memang tak kan sentuh kawasan perut bile berurut. Jadi terpulang pada anak bile nak berurut. Tengok pada luka operate dan badan anda. Kalau rasa badan letih sangat lepas bersalin tu,boleh la cepat2 urut.

5) BeNGKUNG
Untuk ank 1st, lepas 3minggu baru berani pakai bengkung. Anak 2nd plak lepa ssebulan baru pakai. Tapi Cik Mimi teruskan pakai bengkung walaupun selepas habis pantang. Mungkin ada yang taj percaya dan merasakan pakai bengkung nie menyusahkan tapi bagi Cik Mimi, Cik Mimi suka berbengkung sebab terasa kesannya pada badan.

6) CUCUK
Zaman ank 1st tahun 2015, Cik Mimi xkena cucuk heparin nie. Tapi untuk ank 2nd, Cik Mimi kena iaitu 2x sehari pagi dan petang selama 10 hari. Di hospital bolehla nurse cucukan, tapi di rumah Cik Mimi cucuk sendiri dengan bantuam dan tunjuk ajar dari nurse KK.

Terpulang pada siapa yang rasakan cara berpantang ni kolot atau menyusahkan,tapi bagi Cik Mimi kata orang-orang tua ade betulnya pasal berpantang nie. Tapi ada la beberapa pantang yang Cik Mimi xikut,contoh tak boleh minum air banyak-banyak sedangkan dalam pantang tekak nie rasa dahaga sangat😂 Tak rugi pun kalau ikut cara berpantang orang-otang tua dulu😁

P/s: Masing-masing tahu kemampuan badan sendiri. Sendiri sakit,semdiri yang susah. Badan ni pun amanah Allah juga😁

Thursday, October 11, 2018

CIRCLE ASMAK (PART 2)

Jom kita sambung balik cerita Circle ASMAK ni.

Sepatutnya program ni bermula pada pukul 9 pagi tapi Cik Mimi sampai pada pukul 9.40 pagi. Sampai-sampai anak masih tidur lagi, jadi suruh Mr Hubby tengokkan dan Cik Mimi berlari ke bilik mesyuarat di tingkat 2. Bukak je pintu, program dah start tapi baru sesi perkenalan.

Kebanyakan yang datang dalam program tu adalah sifu-sifu ASMAK yang dah berjaya buat sales sampai 4,5 angka. Terasa kerdilnya time tu sebab kita ni baru buat sale sikit sangat jika nak dibandingkan dengan yang lain. Tapi cepat-cepat cakap dalam hati yang aku pun nak berjaya seperti mereka. In Shaa Allah.

Cik Mimi baru 1st time join program macam nie. Yela suri rumah kan,memang sah-sah di rumah je. Jadi bila ade program macam ni dan dapat junpa kenalan lain,Cik Mimi jadi excited sangat tau. Sebelum nie junpa di alam maya je,tapi kali ni dapat jumpa secara realiti. Alhamdulillah ukhwah yang terjalin tu sangat indah rasanya.

Kembali kepada program circle ASMAK ni,  banyak slot, isi-isi penting, pandangan, cadangan, yang Cik Mimi belajar dari program tu. Penerangan cikgu,pengalaman cikgu sangat buat Cik Mimi kagum. Bukan senang untuk jadi usahawan nie. Banyak liku-liku dan dugaan yang harus ditempuhi sebelum kita berjaya. Banyak jatuh,tersungkur,kecewa sebelum dapat mengecapi kejayaan tu.  Pengetahuan  cikgu pula sangat luas seolah-olah cikgu banyak sangat idea yang nak dibicarakan. Bermula dari awal pagi sehingga tamat program, cikgu banyak memberi idea dan pendapat serta nasihat. Selain tu, kami juga berkongsi idea, tips dan pendapat dari sifu-sifu yang berjaya.

Mimi juga sempat belajar serba sedikit tentang teknik untuk menguruskan anak buah di bawah seliaan kita daripada Kak Ina dan juga Zai. Merekr berdua ni adalah orang yamg telah berjaya menjana income sehingga 5,6 angka. Sangat mengagumkan😁 Jadi bile hadir ke program nie,dapatla sedut sedikit sebanyak aura dan semangat dari sifu nie. Harap-harap Cik Mimi pun boleh berjaya seperti mereka. Aminn

Program hari tu tamat pada pukul 6 petang. Alhamdulillah dengan bantuan Mr Hubby, Cik Mimi tiada masalah untuk join kelas tu dari pagi sampai ke petang cuma sesekali je cik Mimi menyelinap keluar untuk susukan anak. Tanpa bantuam Mr Hubby,rasanya agak susah juga utnuk Cik Mimi hadir ke program nie.

Paling penting,doakan Cik Mimi berjaya ye untuk menjadi usahawan dan suri rumah bekerjaya😍

Monday, October 8, 2018

CIRCLE ASMAK (PART1)

Alhamdulillah Cik Mimi berkesempatan untuk join circle ASMAK yang dianjurkan oleh Founder ASMAK atau lebih dikenali sebagai Cikgu. Dah lama nak join sebab selalu tengok di FB dowg buat perjumpaan antara satu sama lain. Banyak kelebihan tau bile buat perjumpaan macam ni.Permulaan perancangan, Cik Mimi tak nak pergi sebab ade dua anak yang masih kecil dan menyusu badan. Lagi satu takut menganggu orang lain. Yela, ank kecil lagi dengan menyusunya, dengan nak berkepitnya, dengan si abang yang suka berlari sana sini, kuat main. Jadi dalm hati memang duk fikir banyak kali nak pergi ke tak😂😂

Sampaila dua hari lagi hari kejadian, bincang dengan Mr Hubby dan decide sama ada nak pergi atau tak. Bagi Mr Hubby dia on je kalau Cik Mimi nak pergi sebab pergi menimba ilmu kan dan juga untuk upgrade kan lagi diri ni untuk mejadi lebih baik. Bak kata Mr Hubby "Nak seribu daya, xnak seribu dalih". Tapi mampu ke untuk Cik Mimi nie tempuh seribu daya tu sebab bukan mudah kan.Jadi bile dia cakap mcm tu, Cik Mimi pun setuju untuk pergi. Bincang la macamana untuk handle anak nanti. Alhamdulillah sepanjang program, anak tak buat perangai dan boleh dikawal.
 Kalau x, mau jadi singa juga uminya nanti😂.Pada hari kejadian, seawal pagi lagi Cik Mimi bangun. Lepas solat subuh dan bersiap, setelkan plak dua anak tapi taula kalau ade anak kecik nie memang macam-macam ragam la. Sepatutnya perancangan bertolak seawal mungkin, tetapi hari tu Cik Mimi bertolak dari rumah pada pukul 7.30 pagi. Selepas sarapan dan kenyangkan dulu perut anak, barulah bertolak ke destinasi yang ingin dituju.

bersambung....

Sunday, October 7, 2018

NONA ROGUY

Nona Roguy (NR) nie dah lama dalam pasaran kan. Rasa dari Cik Mimi kecik-kecik lagi dah ada. Cik Mimi tahu NR nie masa mengandungkan anak sulung. Yela orang baru 1st time pregnant,excited terlebih sikit. Jadi Cik Mimi selalu google tentang set bersalin dan ramai yang bagitahu NR nie bagus walaupun harganya agak mahal😂

Kebetulan plak mak mertua yang menjaga dalam pantang. Tapi disebabkan tak nak menyusahkan sebab mak mertua dah siapkan masak,basuh kain,kemas rumah semua,jadi Cik Mimi rasa set bersalin nie banyak membantu sebab dia dah siap senua,tunggu kita guna je.

Dalam set bersalin tu ada 6item:

1) phytonatal
2) akar herbanika
3) krim herbanika barut
4) uncang cuci
5) herbanika lulur
6) minyak herbanika

Paling best sekali adalah minyak herbanika. Bau dia memang sedap. Bila sapu kat badan memang rasa selesa sangat sebab dia panas dan berangin. Dalam pantang semua Cik Mimi guna. Lepas habis pantang still guna lagi minyak herbanika,akar herbanika dan juga phytonatal. Memang dapat rasa la kesannya lepas guna set ni. Highly reccomended untuk orang yang berpantang sendiri.

Tuesday, October 2, 2018

MINYAK HITAM

Ape itu minyak hitam??? Ha jangan ingat minyak hitam kereta atau motor tu. Minyak hitam ni pelik sikit tapi berkesan. Minyak hitam yang Cik Mimi maksudkan ialah MiNYAK HERBA ASMAK. Pernah dengar tak minyak nie?

Minyak nie hanya untuk kegunaan luaran sahaja. Hanya titis👉🏻Sapu👉🏻Gosok. Semudah ABC kan😁 TAPI pastikan kalau anda beli tu dengan agen berdaftar tau. Sebab minyak nie tiada di jual di kedai-kedai atau toko-toko jamu. HQ juga tak membenarkan minyak nie dijual di Lazada, Shopee atau lain-lain website shopping demi untuk menjaga pengedar-pengedar di bawah dan tiada isu main harga. Siapa yang jual tu fikir-fikirkan la rezeki yang anda dapat itu berkat atau tidak.

Lagi satu harga dia adalah TETAP. Ulangan ye HARGA TETAP iaitu 10ml Rm18, 30ml Rm 39 dan juga 50ml Rm55. Selaik daripada harga tu samada harganya jauh lebih remdah dari yang dijual janganlah anda beli ye. Sebab HQ memang tak izinkan dan produk ni tak dijual kepada pemborong. Kadang- kadang bila tengok harga murah jangan tertipu sebab banyak kali dapat komplen yang minyak itu adalah bukan keluaran minyak syarikat kami. .

Mukadimah pun dah panjang😂😂

Jom kita teruskan. Kebanyakan yang beli minyak ni adalah dari golongan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Sebab kita sedia maklum kanak-kanak bawah umur 2tahun memang tak dibekalkan ubat bila batuk,selsema atau demam. Jadi kita ambil alternatif lain dengan menggunakan minyak nie. Bukan untuk menafikan petua-petua tradisional yang selalu dibuat oleh kaum ibu tetapi jika petua yang digunakan tidak berkesan,anda boleh mencuba minyak nie.

Kesan dia pun berbeza-beza pada setiap orang. Ade yang terus muntah,ade yang keluar ikut najis dan ade juga yang keluar lendir. Cuma pastikan anda beli dari agen yang sah sebab minyak nie ada cara penggunaanya sendiri mengikut masalah-masalah yang dihadapi orang tersebut. Kalau ada masalah dengan minyak tu pun,anda boleh rujuk dengam agen tu balik.

Gunakan minyak ni tanpa was-was ye sebab minyak nie ade kelulusan KKM. Kalau nak dapatkan minyak nie dengan Cik Mimi pun boleh. Tekan je link Cik Mimi kat bawah ni👇🏻👇🏻👇🏻

http://www.wasap.my/60133043124

Monday, October 1, 2018

BISNES ONLINE

Assalamualaikum. Jumpa lagi kita di post yang baru. Hihi. Sebelum ni Cik Mimi ada beritahu kan yang Cik Mimi nie buat bisnes online. Nak tahu tak bisnes ape? Tak nak tahu? Kalau xnak tahu kita bagitahu pada orang yang nak tahu je. Hihi.

Cik Mimi ni dulu macam-macam tau jual produk orang. Boleh dikatakan dalam 1 masa tu lebih 5produk Cik Mimi jual. Tapi apakan daya kemampuan Cik Mimi tak sehebat orang lain. Sebabnya bila jual banyak-banyak produk ni,Cik Mimi tak boleh nak fokus dan hadam semua produk yang Cik Mimi jual.

Pernah jual tudung,kosmetik,makanan,produk kesihatan,set bersalin dan macam-macam lagi la. Tapi orang kata lagi jauh berjalan lagi banyak pengalaman kan. Tapi bagi Cik Mimi lagi banyak Cik Mimi jual,lagi Cik Mimi tau mana yang serasi dengan Cik Mimi.

Akhirnyaaaaaa, Cik Mimi memilih dua produk yang betul-betul dekat di hati dan serasi dengan keluarga Cik Mimi. Dua produk tu ialah: Jeng Jeng Jeng!!!!!!!!!!

👉🏻MINYAK HITAM aka MINYaK HERBA ASMAK
👉🏻NONA ROGUY

Dua produk nie yang sekarang ni Cik Mimi fokus dan buat betul-betul. Tapi Cik Mimi still dalam proses belajar lagi. Kenapa pilih dua produk ni????

SEBABNYA

Minyak hitam tu Cik Mimi dah try sendiri untuk anak dan 1family guna. Mestila kita jadi pengguna dulu kan. Kemudian baru kita jual plak dan bantu orang lain. Masa tu ank sulung Ziyad batuk dan demam. Bawah 2tahun kan doktor tak bekalkan ubat,jadi kita ikhtiar cara lain. Cubala beli minayk hitam tu. Time tu tak de lagi botol minion. Yang ada yang botol sederhana tu. Harganya Rm39.

Minyak tu sapu-sapu je. Lepas je sapu terus keluar lendir dan muntah banyak. Dalam 2,3 hari lepas tu terus elok. Lepas tu memang melekat terus dengan minyak tu dan barula Cik Mimi menjual plak minyak nie.

Nona Roguy ni nama memang dah lama dalam pasaran. Cik Mimi 2x bersalin,2x jgak guna Nona Roguy nie. Bagi Cik Mimi set ni senang dan jimat masa sebab Cik Mimi pantang sendiri. Jadi semua nak cepat. Nak tengok anak lagi,nak uruskan diri lagi kan. Dengan set bersalin tu tak perlu la kita nak tunggu lama-lama,dah semua boleh setel. Kalau orang dulu-dulu lain la,  pergi mencari daun itu daun ini nak buat mandi,bertangas lagi semua. Jadi bile guna set ni dah dapat jimat masa banyak.

Nanti next post kita cerita plak kelebihan minyak hitam dan nona roguy nie ye😁

Sebab apa Minyak Herba Asmak laris! Sebab ni lah 💥 . Sapu sapu, Anak muntah kahak. Sapu sapu, Keluar hingus pekat. Sapu sapu, Naj...