*Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut – Dah Periksa Tanda-tanda Pada Anak Anda?*
.
Tak sangka, ramai rupanya yang bertanyakan saya pasal penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HMFD) ni. Untuk pengetahuan semua, penyakit ni SANGAT biasa di negara-negara Asia. Kalau diingat balik, penyakit ni dulu pernah menjadi wabak yang serius di negara kita. Seluruh Malaysia ada saja kes, sampai nurse punya cuti pun dibekukan.
.
Sebagai ibu dan bapa, kita kena bijak mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit ini. Bila dah kenal, mudah untuk ambil tindakan awal.
.
Tanda-Tanda Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut
.
❌Bermula dengan demam yang normal, biasanya 1-2 hari.
❌Sehari atau 2 hari selepas demam pulih, bahagian sekeliling mulut mula sakit.
❌Biasanya terdapat bintik merah akan timbul dan kemudiannya menjadi ulcer.
❌Bahagian yang terlibat seperti lidah, gusi, dan bahagian dalam pipi.
❌Bahagian tapak tangan dan tapak kaki akan terdapat “rashes”, dan kadangkala disertai dengan gelembung air. Selain itu, kawasan alat kelamin juga boleh terkena symptom tersebut.
.
Sebaik-baik kepastian adalah melalui doktor. Jika symptom-simptom di atas terjadi dalam susunan (demam – sakit mulut – rashes di tangan dan kaki), maka segeralah bawa anak pergi ke hospital yang berhampiran.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
Friday, November 23, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab apa Minyak Herba Asmak laris! Sebab ni lah 💥 . Sapu sapu, Anak muntah kahak. Sapu sapu, Keluar hingus pekat. Sapu sapu, Naj...

-
Jangan tertukar ye sujud sahwi dan sujud syukur 😊 Sujud Sahwi: Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa ...
-
Mungkin orang lain dah tau lama kan tentang buku 4D nie. Kalau dulu mahal tau orang jual sampai beratus-ratus. Sekarang nie hanya R...
-
Assalamualaikum semua🤗🤗 ok kali ni Cik Mimi nak berkongsi tips atau panduan bagi yang berpantang czer. Cik Mimi dua-dua anak semua keluar ...
No comments:
Post a Comment